TNG eWallet kini hadir dengan promosi pulangan tunai sebanyak RM5, bagi pembayaran bil Air Selangor melalui aplikasi dompet digital berkenaan.
Promosi ini ditawarkan untuk bayaran minima RM15 untuk bil Air Selangor melalui aplikasi berkenaan, dan melanggan ebil Air Selangor.
Promosi ini dipecahkan kepada tiga peringkat, iaitu yang pertama sehingga 30 April 2022 terhad kepada 3000 tebusan, diikuti pada bulan Mei dengan 7000 tebusaan, dan pada bulan Jun dengan 10,000 tebusan. Bagi anda yang berada di Selangor, boleh menyemak promosi ini, dan mendapatkan pulangan tunai untuk pembayaran bil anda melalui TNG eWallet.