Artikel

Isu Hutang Dijangka Terus Naik, Lebih Berisiko Pada 2022 – Bank Dunia

Walaupun Bank Dunia telah menyediakan sekitar $17 bilion bagi tempoh setahun, untuk perkukuhkan keselamatan makanan penduduk global – ini tidak bererti isu ekonomi dapat diatasi.

Tahun ini, Bank Dunia menjangkakan negara-negara berpendapatan rendah dan miskin akan terus berdepan lonjakan hutang tinggi.

Ia berlaku berikutan masalah ketirisan bekalan, kenaikan kos, kekurangan dana bantuan serta sistem kesihatan mula lebihi kapasiti sebenar.

Pada sidang Musim Bunga 2022 IMF bersama Bank Dunia kini menyuarakan pelbagai tindakan agresif perlu dilaksanakan oleh semua sektor ekonomi. Antaranya merendahkan peningkatan kuota perdagangan, tarif import serta eksport.

Tidak hanya itu dana kecemasan perlu segera dikumpulkan bagi menutup jurang kesejahteraan sosial penduduk dunia.

Selain isu yang timbul, krisis Rusia-Ukraine dan pertumbuhan China yang perlahan juga turut meningkatkan lagi kesan terhadap pertumbuhan dunia.

Bank Dunia ketika ini telah menurunkan jangkaan KDNK global kepada 3.2% berbanding 4.1% sebelum ini. Untuk makluman umum, peningkatan harga makanan dunia telah melonjak 28% sejak tahun lalu, ini sekaligus meningkatkan paras inflasi global ketika ini. Maka kesepakatan semua pihak perlu dibentuk demi jaminan aliran ekonomi global.