Artikel

Lazada Kini Galakkan Pengguna Minimumkan Pembelian Bungkusan Plastik – Melalui LazEarth

Tahukah anda, pengguna Asia Tenggara kini dianggarkan menyumbang lebih 31 juta tan sisa plastik pada dunia setiap tahun? Situasi ini secara terus telah mendorong Lazada untuk sertai pemacuan kelestarian menerusi kempen LazEarth.

Seperti yang umum ketahui, ini bukanlah pertama kali Lazada turut terlibat dalam kelestarian. Sebelum ini, sejak 2021 – Lazada mula menawarkan bungkusan lestari yang diperbuat daripada bahan pembungkusan mampan alternatif melalui perkhidmatan Fulfillment by Lazada (FBL) untuk rakan kongsi jenama. 

Kini melalui LazEarth, segmen ini akan menggalakkan pengguna untuk bijak berbelanja dengan pembelian pada jenama kelestarian. Di bawah kempen ini, sekitar lebih 70 jenama bersama 5,000 baeangan jualan akan ditawarkan kepada pengguna.

Lebih menarik, matlamat pembungkusannya adalah mengurangkan penggunaan plastik. Ini turut merangkumi penggunaan plastik berasaskan sisa kitar semula.

Maka bermula 22 April sehingga 23 April kelak, para pengguna boleh menebus pelbagai ganjaran menarik – sambil menyumbang kepada kelestarian melalui pautan LazEarth 2022.