Artikel

Melaka Kini Terap Akses Pembayaran Nirtunai Pada Khidmat Beca

Menjelang ketibaan Aidilfitri tidak lama lagi, ini bermakna sektor pelancongan Melaka perlu bersedia ke arah kemasukan pelancongan pada negeri tersebut.

Maka untuk persediaan itu, kerajaan negeri Melaka kini menyasarkan seramai 305 pengayuh beca negeri akan dilengkapi dengan kemudahan nirtunai (tanpa tunai) Touch ‘n Go eWallet.

Setakat ini, sekitar 244 pengayuh beca (80%) telah mula menerapkan penggunaan kemudahan tersebut pada perkhidmatan mereka bersama pengguna.

Adanya inisiatif penerapan ini, ia berupaya meningkatkan hasil pendapatan pengayuh beca menjadi lebih tinggi dan tingkatkan kecekapan pembayaran tanpa perlu berdepan isu pertukaran baki wang tunai.