Artikel

Nilai Eksport Malaysia Kini RM131.6 Bilion, Meningkat 25.4% Bagi Mac – DOSM

Prestasi eksport negara kini terus memaparkan pengukuhan apabila mencatatkan kenaikan 25.4% kepada RM131. 6 bilion bagi Mac 2022.

Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini menunjukkan kenaikan tersebut telah didorong oleh eksport domestik (RM106.9 bilion), eksport semula (RM24.7 bilion) dan perkembangan eksport lain pula meningkat RM29.4 bilion.

Melihat kenaikan itu, antara destinasi utama yang menjadi penyumbang permintaan eksport negara adalah Singapura dan China. Iaitu dengan jumlah sumbangan meliputi 28.8%.

Eksport ke Singapura yang mewakili 15.3 peratus daripada jumlah eksport dengan nilai RM20.1 bilion berkembang 34%. Sementara China pula menyumbang 13.5% dengan nilai eksport RM17.8 bilion. Buat pengetahuan umum, ini senarai negara terlibat dalam aliran eksport Malaysia;

  1. Singapura
  2. China
  3. Amerika Syarikat
  4. Kesatuan Eropah
  5. Jepun
  6. Hong Kong
  7. Thailand
  8. Vietnam
  9. Korea
  10. Taiwan

Bagi prestasi eksport ke negara Asean pula mencatatkan nilai eksport Malaysia seitar RM39.3 bilion. Di mana prestasi itu telah diperkasa oleh permintaan barangan elektrik dan elektronik (RM4.5 bilion), keluaran petroleum (+RM2.5 bilion) dan beberapa permintaan lain.

Singapura terus tampil penyumpang utama dengn 51.2% pada carta keseluruhan eksport Asean dengan nilai RM20.1 bilion.