Artikel

Bank Rakyat Sasar Perluas Desa Tanpa Tunai – Menjelang Akhir Tahun Ini

Menyedari keperluan akses transaksi nirtunai (tanpa tunai) wajar diperluaskan di seluruh Malaysia, Bank Rakyat kini menyasarkan membangunkan 4 buah Desa Tanpa Tunai menjelang akhir 2022 ini.

Usaha itu, sekaligus meningkatkan kemudahan penduduk luar bandar untuk lebih memahami penggunaan transaksi secara atas talian.

Buat masa ini, Desa Tanpa Tunai dilaksanakan di kawasan Chuping, Perlis – melalui usaha itu, pihak perbankan menjangkakan peningkatan nirtunai dalam kalangan penduduk kampung bakal melonjak seiring dengan trend semasa.

Adanya pendedahan kemudahan akses ini tidak hanya mendidik penduduk luar bandar akan kecekapan teknologi, tetapi turut membantu pengguna mengurangkan sentuhan fizikal demi kepentingan kesihatan serta mendidik diri mereka dalam aturan perbelanjaan harian.

Langkah ini juga secara langsung turut akan membuka peluang ekonomi yang luas kepada penduduk setempat, sekaligus memberi manfaat pada perubahan pendapatan semasa.