Artikel

Gaji Minimum Penjawat Awam Kini Dicadangkan Naik – Kepada RM1,800

Cadangan itu telah diusulkan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kepada perhatian pentadbiran negara.

Tindakan kenaikan itu, dilaporkan mengambil kira faktor pendapatan semasa diperhatikan tidak mencukupi untuk menanggung kos sara hidup ketika ini.

Meskipun langkah penyelarasan gaji minimum RM1,500 telah dilakukan pada petugas di Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) namun keperluan meningkatkan paras itu kepada RM1,800 dilihat wajar dikuat kuasakan.

Selain menyentuh isu kenaikan gaji penjawat awam, Cuepacs turut menggesa pelaksanaan sistem saraan baharu yang lebih efektif demi menjaga kesejahteraan dana penjawat.