Artikel

Ferrero Kini Hentikan Pengambilan Minyak Sawit Sime Darby – Susulan Isu Buruh Paksa

Ferrero, syarikat konfeksi (manisan, gula-gula) dunia kini telah mencapai sepakat untuk menghentikan perolehan bekalan sumber sawit Malaysia dari Sime Darby.

Tindakan itu susulan isu amalan buruh paksa.

Menurut laporan Reuters, langkah itu adalah selari dengan aturan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat. Buat pengetahuan umum, Ferrero menggunakan sumber minyak sawit pada pembuatan coklat Ferrero Rocher serta Nutella.

Meskipun Ferrero tidak mengambil sumber secara terus dari Sime Darby, tetapi perolehan bekalan Sime Darby menyumbang kepada 0.25% untuk kegunaan sawitnya.

Selain Ferrero, syarikat lain iaitu Hershey Co dan General Mills turut berbuat tindakan yang sama iaitu menghentikan pembekalan minyak sawit dari Sime Darby.

Sekiranya isu amalan buruh masih terus menghantui syarikat negara – ini akan terus menjejaskan pertumbuhan Malaysia bagi jangka masa panjang.