Bersempena dengan sambutan perayaan Aidilfitri tidak lama lagi, Pos Malaysia kini menasihatkan kepada para peniaga dan pelanggan untuk merancang aktiviti pengeposan barangan dan memastikan ia sampai sebelum Aidilfitri kelak.
Terdapat 2 tarikh akhir yang disyorkan, iaitu pada 25 April, bagi destinasi Semenanjung Malaysia ke Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak), Malaysia Timur ke Semenanjung Malaysia dan dalam Malaysia Timur.
Manakala tarikh 27 April pula adalah bagi destinasi di dalam Semenanjung Malaysia sahaja.
Sekiranya penghantaran barangan dipos selepas tarikh ini, maka ia akan dihantar atau dijalankan selepas Aidilfitri, mulai 5 Mei kelak.
Ini kerana, Pos Malaysia pada tarikh 3 Mei sehingga 4 Mei akan menutup operasi di seluruh cawangannya. Bersempena cuti Aidilfitri.
Oleh itu, orang awam diminta peka akan makluman tersebut dan merancang dengan baik penghantaran barangan anda.
Kami akan berehat seketika mulai 3 – 4 Mei 2022 dan semua cawangan Pos Malaysia juga akan bercuti sepanjang tempoh ini, sempena Hari Raya Aidilfitri. pic.twitter.com/r9oowrL59a
— Pos Malaysia Berhad (@posmalaysia) April 15, 2022