Artikel

JPN Perlis Bakal Laksana Sistem Pembayaran Nirtunai, Menggunakan Kad Khas – Di Sekolah

Sistem pembayaran secara nirtunai (tanpa tunai) kini semakin meluas di pasaran negara, termasuklah di sektor pendidikan Malaysia.

Terbaharu, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis kini memaklumkan bakal memperkenalkan sistem nirtunai di persekolahan negeri dengan penggunaan kad khas – mulai akhir tahun 2022.

Menurut Pengarah JPN Perlis Naharudeen Othman, sistem ini berupaya memberi akses lebih cekap kepada pelajar dalam pelbagai perkara. Ini merangkumi pembayaran di koperasi, kantin, pejabat sekolah dan bahagian pinjaman buku.

Lebih menarik pada laporan Bernama, penerapan kad khas itu kelak dijangka dapat digunakan untuk memberi bantuan dana kepada pelajar kumpulan B40. Ini secara langsung memudahkan agenda bantuan disalurkan.

Menerusi insiatif ini, ia tidak sekadar meluaskan akses kewangan digital tetapi turut mendidik para pelajar kaedah membelanjakan wang mereka dengan lebih teratur.