Artikel

Malaysia Jadi Pilihan Indonesia Untuk Melancong, 79% Perjalanan Dicatatkan – Traveloka

Ternyata setelah pembukaan sempadan antarabangsa diumumkan negara, Malaysia terus jadi pilihan destinasi pelancongan pelbagai negara – ini termasuklah negara jiran, Indonesia.

Apa yang menarik, data Traveloka Malaysia kini menunjukkan sekitar 79% perjalanan antarabangsa ke Malaysia di medium adalah dari pelancong Indonesia.

Tindakan memilih Malaysia sebagai destinasi percutian Indonesia ini telah meningkat 38% secara keseluruhan. Peningkatan ini meliputi tempahan penerbangan dan penginapan hotel.

Malah mengikut laporan, ada dalam kalangan pelancong tersebut tinggal di negara selama 1 bulan atau lebih.

Selain itu, antara destinasi yang menjadi pilihan di negara adalah Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Sarawak. Melihat peningkatan ini, ia secara langsung turut meningkatkan pertumbuhan kawasan ekonomi-pelancongan, di mana khidmat sewa kenderaan, kawasan rekreasi serta perkhidmatan sampingan lain.