Artikel

i-Biaya Kini Membolehkan Pekerja Rencam Tanpa Slip Gaji – Miliki Kediaman Sendiri

i-Biaya, Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia kini secara rasminya telah dilancarkan pada hari ini (14 April) oleh Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama sokongan Kementerian Kewangan (MOF).

Usaha ini secara langsung bakal memperlihatkan penyediaan 500,000 unit kediaman buat kumpulan khusus, merangkumi B40, M40 dan pekerja tidak formal menjelang tahun 2025 kelak.

Terdapat 3 skim disediakan pada inisiatif i-Biaya ini, ia merangkumi;

  • Skim Rumah Pertamaku – Cagamas SRP Berhad iaitu menawarkan pembiayaan sehingga 110% daripada institusi kewangan yang mengambil bahagian, untuk membantu pembeli rumah pertama memiliki kediaman tanpa memerlukan wang pendahuluan
  • Skim Jaminan Kredit Perumahan – Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) iaitu khusus kepada golongan yang berpendapatan tidak tetap dan pihak yang tiada slip gaji seperti mereka yang bekerja sendiri atau pekerja ekonomi gig
  • Sewa untuk Beli (RTO)- Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) pula adalah tawaran memiliki rumah idaman dengan skim pemilikan perumahan secara mampu milik

Adanya usaha ini, secara langsung membolehkan kumpulan pekerja rencam memiliki akses kediaman rumah di Malaysia, dengan kriteria yang memadai mengikut pendapatan serta status kewangan mereka.