Artikel

Tentera Kini Dibenarkan Laksana Pengeluaran Caruman LTAT – Untuk Haji, Pendidikan

LTAT, Lembaga Tabung Angkatan Tentera kini memaklumkan berita baik buat semua anggota tentera negara – di mana mulai 15 April ini, sebahagian caruman LTAT boleh dilakukan untuk tujuan ibadah haji serta pendidikan.

Inisiatif ini adalah sebagai langkah penambahbaikan kerajaan berhubung kebajikan para tentera untuk keperluan mereka.

Buat pengetahuan umum, caruman untuk mengerjakan haji boleh dilaksanakan dengan pengeluaran maksimum RM10,000 – namun memerlukan syarat;

  • Pencarum mestilah mencarum selama 15 tahun bersama LTAT
  • Memiliki surat pengesahan berhubung tawaran mengerjakan haji dari Lembaga Tabung Haji

Manakala untuk pengeluaran caruman bagi pendidikan pula – pencarum dibenarkan mengeluarkan jumlah maksimum RM3,200 bagi tahap pendidikan;

  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Ijazah Sarjana
  • PHD

Selain memaklumkan kebenaran pengeluaran ini, kementerian turut memaklumkan kenaikan bayaran Persinggahan Pelabuhan Luar Negara kepada anak kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan dilakukan. Kenaikan akan dilakukan daripada RM20 kepada RM50 sehari.

Maka dengan pengumuman ini, Kementerian Pertahanan menjamin akan terus memperkasakan kebajikan warga tentera agar mencapai aras kesejahteraan yang setimpal dengan khidmat mereka pada negara.