Artikel

Jualan Semakin Merosot – H&M Bakal Menutup 240 Cawangan Pada Tahun Ini

H&M, penyedia rangkaian pakaian fesyen global kini memaklumkan pihaknya akan menutup sekitar 240 cawangan diseluruh dunia, pada tahun ini.

Langkah itu, susulan faktor jualan yang semakin merosot.

Berdasarkan prestasi terkini, H&M memaparkan sekadar memaparkan peningkatan 6% jualan berbanding 23% pertumbuhan sehingga Februari lalu. Penurunan ini jelas lebih rendah berbanding prestasi sebelum COVID-19.

Mengikut laporan, meskipun penutupan tersebut akan dilaksanakan – H&M kekal optimis dan bakal membuka 95 cawangan baharu.

Walaupun tidak dinyatakan lokasi cawangan yang bakal terjejas, sama ada ia merangkumi cawangan tempatan ataupun tidak – H&M masih terus komited menawarkan rangkaian pakaian kepada pasaran dunia. Setakat ini, pihaknya memiliki lebih 5,000 cawangan di seluruh global.

Dan ia memiliki lebih 40 cawangan di Malaysia.

Sehingga kini, jenama itu telah mencatatkan jualan bersih sekitar RM2.18 bilion (£392 juta), sementara keuntungan pula meningkat RM1.68 bilion (£303 juta) pada suku kedua.