Setakat akhir Mac 2022, sekitar 1.16 juta pembayar cukai telah mengemukakan Borang Nyata Cukai Tahun Taksiran 2021 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) secara e-Filing dan manual dicatatkan.
Ini bermakna, masih ramai lagi pembayar cukai tidak melunaskan tanggungjawab tersebut.
Maka, semua pembayar cukai bagi yang tidak menjalankan perniagaan kini diingatkan untuk menyegerakan tanggungjawab mereka sebelum tarikh akhir mengemukakan Borang Nyata Cukai Tahun Taksiran 2021, secara manual mahupun e-Filing.
Bagi melancarkan proses mengemukakan borang nyata tersebut, para pembayar cukai terlibat boleh merujuk dan klik pada pautan panduan Program Memfail Borang Nyata Cukai bagi tahun 2022 ini untuk ketahui penjelasan proses mengemukakan borang.
Adanya tindakan selanjutnya, ini akan membantu pembayar cukai terhindar dari sebarang pengenaan penalti lewat hantar borang dan kenaikan lewat bayar cukai.
Untuk maklumat lanjut, semua pihak boleh melangsungkan persoalan pada saluran Hasil Care Line di talian 03-89111000 / 603-89111100 (luar negara), di HASiL Live Chat dan pautan borang maklum-balas di portal rasmi LHDN.