Selain tekanan ekonomi yang didepani dunia disebabkan krisis Rusia-Ukraine, kadar inflasi lebih tinggi Amerika Syarikat (AS) juga turut meningkatkan lagi impaknya ke atas ekonomi negara Asia – antaranya Malaysia.
Pemerhatian penyedia penarafan kredit S&P Global kini melihat, kadar faedah Malaysia berpotensi dinaikan sebanyak 50 mata asas atau sebaliknya.
Ini kerana persekitaran ekonomi semasa berupaya menuntut tindakan bank pusat untuk menaikkan paras faedah, sekiranya kadar inflasi telah lepasi sasaran negara tersebut.
Tindakan itu menurut laporan tidak hanya mengambil kira faktor inflasi tetapi untuk merancakkan kembali aliran ekonomi negara.
Setakat ini, Rizab Persekutuan AS telah mula mengetatkan dasar dan memberi gambaran mengurangkan imbangan – perihal ini akan beri tekanan kepada bank pusat khususnya negara Asia-Pasifik yang terus berdepan kesan inflasi.
Jangkaan kenaikan kadar faedah ini adalah untuk mendepani tekanan inflasi, menyokong kedudukan kewangan serta keseimbangan ekonomi sesebuah negara.