Artikel

Hampir 40% Tiket Balik Kampung ETS, KTM Intercity – Sudah Terjual

Sudah pasti, tahun ini bakal menyaksikan kemeriahan berganda pada sambutan Aidilfitri di Malaysia. Ini kerana, penamatan perintah sekatan telah membolehkan orang awam serta ekonomi negara kembali beroperasi seperti biasa, namun masih tertakluk akan garis panduan SOP.

Kemeriahan kini dapat dilihat secara jelas apabila hampir 40% tiket perjalanan Aidilfitri bagi tempoh 23 April sehingga 8 Mei telah terjual oleh khidmat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Jualan tiket tersebut meliputi tiket khidmat ETS dan KTM Intercity.

Buat pengetahuan umum, secara keseluruhannya KTMB menyediakan sekitar 100,000 tiket perjalanan pulang buat orang awam sempena Aidilfitiri ini. Setakat ini, tiket laluan perjalanan yang telah habis bagi tempoh 29 April sehingga 1 Mei adalah laluan KL-Sentral-Padang Besar.

Melihat pada kerancakkan itu, KTMB memaklumkan akan mempertimbangkan penambahan tiket perjalanan sekiranya permintaan perjalanan pulang Aidilfitri terus tinggi.

Untuk makluman, buat masa ini hanya 32 perkhidmatan ETS dan 22 perkhidmatan KTM Intercity tersedia kepada para penumpang pada tempoh tersebut.