Di bawah pendekatan perlindungan keselamatan sosial iaitu SPS Padanan Caruman PERKESO – kini lebih 60,000 rakan penghantar Foodpanda Malaysia akan terima manfaat sosial ketika bertugas.
Usaha ini telah dicapai menerusi kesepakatan bersama antara PERKESO dan Foopanda negara pada minggu ini.
Sebagai perincian, inisiatif ini akan memperlihatkan sumbangan bayaran caruman 80% daripada kerajaan pada program tersebut. Ini bermakna pekerja (orang bekerja sendiri) perlu menampung 20% iaitu RM46.60 sahaja untuk tempoh perlindungan selama 1 tahun.
Akan tetapi Foodpanda terus mengambil langkah bijak dengan mendaftarkan rakan penghantar mereka pada Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri di bawah Skim Pekerjaan Sendiri Padanan Caruman.
Tindakan ini, membolehkan rakan penghantar menerima faedah tambahan pada caruman. Rakan penghantar hanya perlu menampung 10% sahaja pembayaran caruman. Iaitu bersamaan RM23.30 daripada jumlah keseluruhan iaitu RM232.80.