Artikel

AirAsia Teleport Kini Tawar 5 Khidmat Kargo Khusus Buat Pengguna

Teleport, khidmat penghantaran logistik AirAsia kini mula mempelbagaikan empayar operasi mereka dengan menampilkan 5 khidmat baharu kargo. Ini merangkumi 5 segmen kargo khusus yang diperkenalkan;

  • Teleport Charter
  • Teleport Priority
  • Teleport Pharma
  • Teleport Fresh
  • Teleport Live

Adanya 5 khidmat kargo berbeza ini, ia akan menjadikan aturan penghantaran logistik lebih teratur dan memberikan pengguna pilihan variasi serta perkhidmatan kargo yang lebih khusus.

Dengan penghantaran logistik merangkumi 130 destinasi, Teleport terus menyasarkan meningkatkan jejak perkhidmatan mereka dalam pasaran tempatan dan antarabangsa. Ini sekaligus akan melonjakkan prestasi kurier negara pada pemintaan global.