Artikel

Automotive Hi-Tech Valley Bakal Tampilkan Malaysia Selaku Hab Pengeluar EV – Jana Lebih 160,000 Pekerjaan

Usaha membentuk Automotive Hi-Tech Valley (AHTV) kini bakal menjadikan Malaysia selaku hab pengeluar kenderaan elektrik (EV) serta pembekal komponen di pasaran ASEAN tidak lama lagi.

Pelaksanaan ini menurut Perdana Menteri Ismail Sabri ketika merasmikannya pada petang 12 April – ia telah diatur sejak 10 tahun lalu, bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pengilangan PROTON meliputi operasi di Shah Alam hingga Tanjung Malim.

Melalui pendekatan penubuhan hab EV, ia tidak sekadar beri kelebihan kepada sektor automotif negara bahkan turut membuka peluang penerokaan pelaburan baharu buat Malaysia dari negara asing, antaranya China.

Lebih menarik, AHTV turut bercadang pembangunan pusat latihan Center Of Advanced Automotive Research and Training bersama kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terdapat di dalam wilayah AHTV bagi menghasilkan kemahiran sektor automotif negara.

Dengan lanjutan itu, ia berpotensi mencapai matlamat AHTV untuk mewujudkan  sekitar 370,000 peluang pekerjaan ketika pembinaan hab, manakala 160,000 peluang pekerjaan ketika ia mula beroperasi kelak.