Artikel

Selepas Eropah – Indonesia Dan Singapura Pula Tarik Penjualan Coklat Kinder

Susulan isu pencemaran bakteria Salmonella yang dikaitkan dengan produk jualan coklat Kinder Egg, kini beberapa negara Eropah telah menarik semula penjualan coklat tersebut.

Langkah itu di ambil berasaskan amaran Penguasa Keselamatan Makanan Ireland.

Tidak hanya Eropah, kini negara jiran seperti Singapura dan Indonesia mula mengorak langkah yang sama. Iaitu menarik jualan beberapa produk coklat Kinder Egg. Situasi ini secara langsung akan memberi kesan ke atas penjualan pasaran coklat kinder di negara terlibat.

Penarikan semula jualan ini adalah bertujuan untuk meneliti keputusan penuh berhubung isu pencemaran bakteria Salmonella. Bagi pasaran Indonesia, tindakan penarikan telah mendapat arahan dari Badan Pemantau Ubat dan Makanan Indonesia (BPOM).

Meskipun tiada sebarang kes dilaporkan berhubung isu pencemaran tersebut di Indonesia, tindakan itu adalah sebagai langkah keselamatan pengguna.

Sementara pasaran Singapura pula di bawah Agensi Makanan Singapura (SFA), turut berbuat tindakan yang sama. Dengan menarik Kinder Schokobons, Kinder Surprise Maxi, Kinder Mini Eggs dan Kinder Egg Hunt Kit.


Apa itu Salmonella? Ia adalah antara bakteria yang berpunca daripada pencemaran manusia, haiwan perosak serta haiwan liar dan peliharaan. Kebiasaannya bakteria ini dikaitkan dengan makanan seperti telur, hasil telur, susu, hasil tenusu, daging ayam dan produk berasaskan ayam.

Dilaporkan tempoh jangkitan bakteria ini hanya diketahui setelah 6 jam hingga ke 72 jam selepas pengambilan makanan yang terdedah itu berlaku.