Artikel

Pulau Pinang Kekal Selaku Pengimport Utama Kurma – Catat Aliran RM20.3 Juta

Aliran eskport import Malaysia kini semakin berkembang apabila Statistik Eksport Import bulanan menunjukkan peningkatan prestasi dalam kalangan 9 buah negeri di negara.

Mengikut data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini (12 April), sekitar 0 buah negeri memperlihatkan peningkatan permintaan pada eksport dan import bagi Februari 2022, ianya terdiri daripada;

  • Johor – Eksport (RM19.2 bilion), Import (RM16.7 bilion)
  • Kedah – Eksport (RM4.9 bilion), Import (RM5.1 bilion)
  • Pahang – Eksport (RM2.5 bilion), Import (RM1.8 bilion)
  • Pulau Pinang – Eksport RM30.3 bilion), Import (RM19.1 bilion)
  • Perlis – Eksport (RM0.1 bilion), Import (RM0.1 bilion)
  • Selangor – Eksport (RM19.7 bilion), Import (RM21.7 bilion)
  • Sabah – Eksport (RM2.9 bilion), Import (RM0.8 bilion)
  • Sarawak – Eksport (RM8.4 bilion), Import (RM3.0 bilion)
  • WP Kuala Lumpur – Eksport (RM3.9 bilion), Import (RM5.9 bilion)

Apa yang menarik berdasarkan maklumat itu, 3 buah negeri telah tampil menjadi pengeksport utama pada pasaran kurma. Ia terdiri daripada Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Di mana Pualau Pinang telah mencatatkan import tertinggi bagi kurma sebanyak RM20.3 juta bagi Februari 2022. Buat pengetahuan umum, Malaysia telah mula mengimport kurma dalam tempoh beberapa bulan sebelum Ramadan bagi memenuhi permintaan pasaran.