Artikel

Krisis Rusia-Ukraine, Cetus Pengurangan Separuh Pertumbuhan Perdagangan 2022

WTO, Pertubuhan Perdagangan Dunia kini menjangkakan konflik antara Rusia dan Ukraine akan terus jejaskan prestasi perdagangan global pada tahun ini.

Di mana pada awal sasaran pertumbuhan sekitar 4.7% kini boleh menurun sehingga 2.4%.

Ini kerana, WTO melihat krisis politik-ekonomi tersebut berpotensi menurunkan pertumbuhan KDNK global sekitar 0.7% – 1.3% yang akan membawa kepada nilai sebenar KDNK dunia di antara paras 3.1% -3.7% bagi 2022.

Buat pengetahuan umum, krisis ini telah mendorong kepada peningkatan harga makanan dan tenaga pada pasaran dunia. Tambahan situasi ini turut mencetuskan ketirisan bekalan eksport dari Rusia dan Ukraine pada permintaan dunia.

Untuk makluman, kedua negara ini antara negara pembekal utama bagi bahan pertanian ke pasaran Asia – dengan menyumbang 25% gandum di seluruh dunia.

Persengketaan yang berterusan ini tidak hanya menjejaskan negara maju sahaja, tetapi Malaysia antaranya turut terpalit merasai kesan kenaikan kos.

Selain Malaysia, beberapa negara di Afrika Sub-Sahara turut berdepan kenaikan kos sehingga 85%. Situasi ini secara jelas akan mewujudkan ketidaksamarataan dalam aspek perolehan bekalan makanan dan ini akan mendorong kepada pelbagai faktor negatif ekonomi dunia.