Artikel

Selangor Kutip RM760 Juta Cukai, Setakat Mac 2022

Pentadbiran negeri Selangor setakat Mac 2022, kini telah berjaya mencapai paras kutipan cukai sekitar RM760 juta.

ini bermakna kutipan itu telah mencapai paras 37.09% daripada sasaran keseluruhan kutipan cukai pada tahun ini iaitu RM2.05 bilion.

Melihat pada aliran kutipan, jumlah cukai setakat ini secara langsung telah melepasi data tahun lalu iaitu dengan memiliki lebihan kutipan sekitar RM100 juta.

Makluman ini telah diumumkan pada minggu lalu dan Selangor menyasarkan jika prestasi tersebut dapat dikekalkan – ini akan memberi pulangan semula kepada penduduk Selangor menerusi program yang dilaksanakan pada peringkat negeri.