Artikel

Honda Rancang Membelanjakan $64 Bilion – Pada Penyelidikan Kenderaan Elektrik

Pasaran automotif kini terus memaparkan permintaan tinggi bagi penghasilan kenderaan elektrik (EV). Menyedari keperluan itu, Honda Motor Co. ketika ini merancang memperuntukan sejumlah besar dana pada penyelidikan dan pembangunan (R&D) pada pasaran EV dalam tempoh 10 tahun mendatang .

Menurut laporann Reuters, jenama kenderaan Jepun itu akan membelanjakan sekitar AS$64 bilion, bersamaan 8 trilion yen bagi melancarkan lebih 30 model kenderaan elektrik di seluruh dunia pada 2030 kelak.

Ini termasuklah perancangan menghasilkan sekitar 2 juta kenderaan elektrik setahun menjelang tahun 2030.