Sejak kebelakangan ini, terdapat pelbagai ulasan berhubung penetapan harga runcit produk pembiayaan oleh penyedia perkhidmatan kewangan (FSP) di negara.
Pada isu ini, Bank Negara Malaysia (BNM) memberi perincian bahawa pihaknya tidak terlibat dalam penetapan harga pembiayaan tersebut – ia secara jelas adalah keputusan FSP. Akan tetapi BNM kekal memainkan fungsi penyeliaan berhubung pematuhan produk pembiayaan ke atas pengguna.
Ini bermakna, sekiranya dikesan terdapat amalan dan ketidakadilan berlaku terhadap pengguna kewangan, bank negara akan bertanggungjawab menyelia isu berkaitan.
Untuk makluman, mengikut laporan setiap pelaksanaan produk pembiayaan – FSP telah mengambilkira kemampuan serta nisbah perkhidmatan hutang bagi memastikan pengguna berupaya melakukan pembayaran semula mengikut tempoh pinjaman yang ditetapkan.
Maka tidak timbul isu, penawaran produk tertentu bakal membebankan aliran kewangan pengguna. BNM akan terus memantau dan meneliti sebarang aduan berhubung isu produk pembiayaan ini dari semasa ke semasa, bagi memastikan kesejahteraan ekonomi pengguna dapat dipelihara.