Artikel

Jepun-Sabah Berpotensi Teroka Kerjasama Pada Sektor Tenaga, Pertanian Dan Pembuatan

Negara Jepun, dan negeri Sabah kini berpotensi mengatur kerjasama ekonomi dalam tiga sektor melibatkan pertanian, pembuatan serta tenaga.

Perihal ini dibangkitkan ketika duta besar Jepun iaitu Takaashi Katsuhiko ke Malaysia melaksanakan lawatan pertamanya di Sabah pada minggu lalu. Menurut laporan The Borneo Post kunjungan itu telah memperincikan beberapa hala tuju ekonomi kedua-dua tempat, namun perancangan tersebut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Setakat ini, melalui hasil bersama Dasar Pandang Ke Timur selama 40 tahun, lebih 26,000 rakyat Malaysia telah menerima faedah serta perkongsian kemahiran di Jepun. Lebih menarik, usaha itu turut menjadikan sekitar 1,500 syarikat Jepun telah beroperasi di negara.

Adanya kebersamaan kedua pihak ini akan meningkatkan lagi pelaburan ekonomi antara Malaysia dan Jepun. Selain Sabah, Jepun turut meninjau potensi bersama Sarawak dalam merancakkan ekonomi bersama Malaysia.