Artikel

Pasaran Eksport Kayu Malaysia Kekal Rancak, Berpotensi Cecah Nilai RM19 Bilion

Selaku antara pengeksport perabot dan komponen perabot utama dunia, kini prestasi pasaran kayu Malaysia kekal rancak dan mendapat permintaan tinggi.

Tahun lalu, negara berjaya mencapai nilai eksport kayu beserta produk berasaskan kayu sekitar RM10.41 bilion dengan memiliki permintaan tinggi dari 5 buah negara antarabangsa. Iaitu Amerika Syarikat (AS), Jepun, Singapura, United Kingdom dan Australia.

Maka melihat peningkatan aliran itu, di bawah Dasar Agrikomoditi Negara (DAKN), negara kini menjangkakan nilai eksport produk kayu berpotensi mencapai RM19 bilion menjelang 2025 kelak.

Untuk membantu menyokong pemacuan ke arah nilai eksport tersebut Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPKT) memaklumkan akan menilai caj penghantaran produk eksport tempatan yang dimaklumkan tinggi sehingga 40%.

Perkara itu akan disemak kembali bagi meringankan bebanan pemain industri dan meningkatkan kecekapan pasaran produk tempatan.