Artikel

Mulai Hari Ini – Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Boleh Disemak

Bermula hari ini (9 April), para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah memohon pengeluaran khas sehingga RM10,000 – boleh menyemak status permohonan anda di laman pengeluarankhas.kwsp.gov.my.

Para pencarum juga boleh mengakses portal khas ini, dengan menggunakan aplikasi KWSP i-Akaun anda.

Seperti yang umum sedia maklum, pada 1 April lalu permohonan pengeluaran khas KWSP ini telah mula dibuka buat para pencarum. MelaluiĀ kemudahan permohonan, pengeluaran khas RM10,000 dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun dan permohonan akan berakhir pada 30 April 2022, manakala tempoh pembayaran pula akan dilaksanakan bermula 20 April 2022.

Ahli dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM10,000 dan minimum RM50, dan perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 mereka dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1.

Malah pencarum juga diingatkan perlu memiliki sekurang-kurangnya baki RM100 pada akaun mereka.