Artikel

650 Pemegang Akaun CIMB Kini Fail Saman Berkelompok – Tuntut RM650 Juta (Dikemaskini)

Kini sekumpulan pemegang akaun CIMB telah memfailkan saman gugat-perwakilan-kelompok (class-action) berjumlah RM650 juta ke atas CIMB bank, susulan isu ‘kesilapan pemprosesan’ yang mengakibatkan akaun mereka berhutang serta dibekukan.

Tuntutan itu dilaporkan FMT – merangkumi kos untuk menampung semula risiko yang didepani para pemegang akaun. Buat pengetahuan umum, sekitar RM1,007,702.91 telah didakwa diambil daripada akaun pengguna oleh bank, berikutan proses pemulihan hutang.

Ini antara tuntutan lain yang digariskan oleh kelompok kumpulan pengguna CIMB:

  • Menuntut sekurang-kurangnya RM1 juta atas kerugian bagi setiap pemegang akaun terkesan
  • Memohon Mahkamah Tinggi membatalkan akaun pengguna dalam tempoh 7 hari selepas keputusan dicapai
  • Pemberian ganti rugi am bersama faedah 5% setahun dari tarikh saman difailkan

Tuntutan sedemikian bertujuan membela hak pemegang akaun CIMB yang terjejas disebabkan alami sekatan wang serta dibebani paras hutang tertentu.

Mengikut kenyataan tuntutan ketika dibaca menggariskan – tindakan bank mendebit wang daripada akaun adalah menyalahi undang-undang dan melanggar peraturan yang melibatkan institusi kewangan di negara ini.

Ia dilihat bercanggah dengan aturan Bank Negara Malaysia (BNM).

Bagaimanapun buat masa ini masih tiada maklum-balas CIMB berhubung isu berbangkit, seperti yang umum ketahui CIMB sebelum ini telah melaksanakan saman-balas terhadap 12 Individu dengan menuntut jumlah RM1.39 juta susulan kegagalan pengguna memaklumkan kemasukan kredit “yang tidak disengajakan” dalam akaun mereka.

Makluman terkini

CIMB Bank, pada hari ini (9 April) memberi maklum-balasnya berhubung tindakan saman class-action oleh sekumpulan pemegang akaun membabitkan 650 individu.

Menurut wakil perbankan itu, tindakan CIMB mendebit wang daripada akaun pengguna adalah sejajar dengan aturan hak kontrak serta undang-undang. Ini kerana pihak sedemikian tidak berhubung secara terus mahupun melalui peguam bersama perbankan ketika isu tersebut berbangkit.

Maka bank telah melanjutkan tindakan untuk mendebit akaun pengguna berkaitan, berlandaskan kepada isu kredit pendua iaitu “kesilapan pemprosesan” mengkreditkan jumlah amaun yang tidak disengajakan kepada akaun pengguna.

Tindakan Itu dilaksanakan hanya setelah menerima notis awal kesilapan sistem.

Buat pengetahuan umum, segala tindakan yang diambil perbankan adalah selari dengan piawaian institusi kewangan. Pihak CIMB beri jaminan akan terus mencapai penyelesaian yang baik berhubung isu yang berbangkit bersama pengguna berkaitan.

Sementara berhubung isu perundangan pula, CIMB menyerahkan segala proses kepada pihak perundangan dan kewajaran pihak Mahkamah untuk menilainya.