Artikel

Lebih 100,000 Saman Trafik Warga Singapura Di Malaysia Dicatatkan – Masih Tidak Dibayar

Ternyata jumlah saman trafik yang melibatkan warganegara Singapura di Malaysia, kini melebihi 108,757 saman tunggakan.

Jumlah itu menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada minggu lalu adalah sejak 2016 sehingga 2021. Untuk makluman, ini pecahan jumlah saman mengikut tahun;

  • 2016 –  21,452 saman trafik
  • 2017 – 19,275 saman trafik
  • 2018 – 30,946 saman trafik
  • 2019 – 24,846 saman trafik
  • 2020 – 12,128 saman trafik
  • 2021 – 110 saman trafik

Jumlah tunggakan ini merangkumi kesalahan lalu lintas seperti memandu lebihi had laju, memotong barisan, mengabaikan isyarat lalu lintas, tidak memiliki tali pinggang keledar, kesalahan lampu brek, nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan dan beberapa kesalahan lain.

Melihat pada jumlah tunggakan yang tinggi, antara punca mengapa ia gagal dilunaskan adalah kegagalan menyerahkan notis saman tersebut kepada pengguna berkaitan. Ini susulan ketiadaan data alamat peribadi menjadikan usaha menyelesaikan tunggakan tidak dapat dicapai.

Maka untuk tujuan perolehan maklumat bagi penyerahan notis saman, PDRM kini mengalukan tindakan pendaftaran kenderaan warga Singapura oleh JPJ di bawah RC – iaitu sistem kutipan caj jalan serta VEP – permit masuk kenderaan ke Malaysa.