Artikel

Harga Daging Mungkin Naik – Menjelang Aidilfitri Ini

Kenaikan harga makanan ternakan, dedak kini dilihat bakal mempengaruhi harga jualan stok daging di pasaran.

Kenaikan sehingga mencecah RM80 bagi setiap tan metrik dedak itu berpotensi melonjakkan harga daging khususnya tidak lama sambutan Aidilfitri bakal tiba.

Mengikut laporan, kebiasaannya harga semasa dedak tan metrik adalah sekitar RM60 sahaja.

Melihat pada kenaikan harga makanan ternakan sehingga RM20 itu, para pengguna diminta untuk bersedia akan kenaikan harga jualan bahan mentah.

Ini kerana, kenaikan harga daging dimaklumkan tidak dapat dielak oleh para peniaga dan penternak, jika tidak pihak ini terpaksa berdepan kerugian jualan.

Meskipun buat masa ini, hanya Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) sahaja yang memaklumkan peningkatan harga daging bakal berlaku, para pengguna kekal diminta untuk bersedia bagi sebarang kemungkinan kenaikan harga di pasaran mentah lain.