Artikel

Kadar Pengangguran Kini Menurun Kepada 4.1% – Seramai 671,800 Penganggur Dicatatkan

Malaysia terus memaparkan penurunan pada kadar pengangguran, kini mencatatkan paras 4.1% iaitu menurun 1.3%, dengan jumlah penganggur kini sekitar 671,800 individu.

Ini bermakna sekitar 105,700 penganggur telah mula menerima tawaran pekerjaan.

Mengikut data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) itu – memperlihatkan penurunan data bagi Februari 2022 itu telah didorong atas beberapa faktor seperti antaranya pembukaan ekonomi secara menyeluruh telah meningkatkan skop peluang pekerjaan di negara.

Manakala mengikut kategori tempoh pengangguran, pula sekitar 49,041 individu (7.3%) masih lagi menganggur lebih dari setahun. Ini perincian untuk tempoh pengangguran lain;

  • 84,646 penganggur selama 6 bulan – kurang 12 bulan
  • 157,201 penganggur selama 3 bulan – kurang dari 6 bulan
  • 380,910 penganggur selama kurang dari 3 bulan

Sementara pengangguran dalam kategori belia pula, turut memaparkan penurunan iaitu;

  • Penganggur usia 15 tahun – 24 tahun telah menurun 0.2% – iaitu kurang daripada 7,500 individu
  • Penganggur usia 15 tahun – 30 tahun telah menurun 0.2% – iaitu 513,700 individu