Artikel

Selangor Umum Bantuan Khas Sebulan Gaji – Kepada Penjawat Awam, Dibayar 27 April Ini

Pentadbiran Selangor pada hari ini (8 April) di Dewan Jubli Perak memaklumkan akan memberi Bantuan Khas Kewangan (BKK) kepada penjawat awam negeri.

Di mana bantuan itu akan memberi dana sebulan gaji kepada para penjawat awam Selangor. Pemberian ini dimaklumkan sebagai langkah menghargai peranan petugas dalam pentadbiran negeri.

Mengikut laporan, dana khas berjumlah RM39 juta itu akan mula dibayar pada 27 April kelak, iaitusebelum ketibaan sambutan Aidilfitri kali ini.