Artikel

Elon Musk Terus Jadi Manusia Terkaya Di Dunia – Nilai Kekayaan Melonjak Cecah $219 Bilion

Memasuki tahun 2022, Elon Musk terus mengungguli carta manusia terkaya di dunia dengan nilai kekayaan kini mencapai paras AS$219 bilion.

Lebih menarik nilai kekayaan tersebut dijangka terus meningkat dan beruapaya mencapai AS$1 trilion menjelang 2024 kelak. Sasaran itu merangkumi peningkatan prestasi Tesla dan SpaceX milik Elon.

Berbalik kepada peningkatan nilai kekayaan Elon, ini senarai angka lonjakan aset Elon dari tahun 2018 hingga 2022 mengikut data Forbes Billionaires 2022;

  • 2018 – AS$19.9 bilion
  • 2019 – AS$22.3 bilion
  • 2020 – AS$24.6 bilion
  • 2021 – AS$151 bilion
  • 2022 – AS$219 bilion

Susulan menduduki tempat pertama, ini secara langsung menunjukkan nilai kekayaan Elon telah melangkaui lebih AS$48 bilion daripada Jeff Bezos – yang menduduki tangga kedua (2), dengan nilai kekayaan berjumlah AS$171 bilion.

Dunia – Forbes Billionaires 2022

  • #1 Elon Musk – AS$219 bilion
  • #2 Jeff Bezos – AS$171 bilion
  • #3 Bernard Arnault – AS$158 bilion
  • #4 Bill Gates – AS$129 bilion
  • #5 Warren Buffett – AS$118 bilion

Sementara bagi senarai manusia terkaya untuk individu Malaysia, kedudukan teratas terus diungguli Robert Kuok (163) dengan nilai kekayaan mencecah AS$11.7 bilion. Manakala ini pula 5 individu Malaysia terkaya dalam senarai Forbes.

Malaysia – Forbes Billionaires 2022

  • #163 Robert Kuok – AS$11.7 bilion
  • #185 Quek Leng Chan – AS$10.6 bilion
  • #431 Teh Hong Piow – AS$5.9 bilion
  • #460 Ananda Krishnan – AS$5.7 bilion
  • #523 Koon Poh Keong – AS$5.2 bilion