Pentadbiran Selangor pada sidang media khas hari ini (7 April) mengumumkan pelaksanaan Rumah Idaman buat kumpulan b40, yang pertama kali ingin memiliki kediaman sendiri.
Apa yang menarik pelaksanaan kediaman Rumah Idaman ini menurut Menteri Besar Selangor Dato; Amiruddin Shari, akan tersedia sekitar 30,000 unit buat orang awam dan ditetapkan pada paras harga mampu milik, berjumlah RM250,000 dengan saiz rumah seluas 1,000 kaki persegi.
Tidak hanya itu, terdapat pelbagai kemudahan akan disediakan kepada bakal pemilik unit. Ini merangkumi 2 ruang parkir, 3 bilik tidur bersama 2 bilik air, almari pakaian di setiap bilik tidur, 3 unit penyaman udara, pemanas air dalam setiap bilik air, sebuah kabinet dapur, 1 unit peti sejuk dan 1 unit televisyen berserta kabinet.
Buat pengetahuan umum, ini senarai 10 projek Rumah Idaman di Selangor;
- Idaman BSP
- Idaman Melur
- Idaman Cahaya
- Idaman Kita
- Idaman Perdana
- Idaman Sari
- Idaman Jelutong
- Idaman Elmina 4
- Idaman Elmina 5
- Idaman Elmina 12
Bagi orang awam yang berminat boleh merujuk pada laman rasmi PLATS – Platform Selangor, untuk ketahui perincian lanjut berhubung permohonan kediaman Rumah Idaman ini.