Artikel

e-Pay Bakal Menutup Operasi EVE – Pembayaran Bil, Tambah Nilai Prabayar Mulai 15 April Ini

e-Pay kini mengumumkan akan menutup operasi atas taliannya EVE iaitu bahagian tambah nilai prabayar dan bil, mulai 15 April ini.

Berdasarkan makluman ini, e-Pay bagaimanapun tidak memberi perincian lanjut berhubung perkhidmatannya bersama peniaga fizikal susulan tindakan menghentikan platform EVE ini.

Seterusnya, pada pemberitahuan media sosial Facebook rasminya, e-Pay telah menzahirkan penghargaan kepada semua pengguna yang telah menyokong perjalanan khidmat atas talian mereka sepanjang tempoh beroperasi.

Pihaknya juga meminta untuk para pengguna melanjutkan sebarang pertanyaan pada talian khidmat awam atau menghubungi khidmat pelanggan sekiranya terdapat keperluan penjelasan lanjut.