Ingka Group, syarikat yang mengendali 367 cawangan IKEA kini telah melaksanakan pelaburan berjumlah €340 juta (RM1.36 bilion) pada 9 projek taman solar PV di Jerman dan Sepanyol.
Perolehan pembangunan taman solar itu, akan memberi kelebihan kepada IKEA. Tidak hanya menjana tenaga boleh diperbaharui tetapi mencukupi menampung semua cawangan gudangnya di kedua buah negara. Selain itu pembangunan projek ini akan memaparkan gabungan kapasiti 440 megawatt, bersama pemaju Jerman Enerparc.
IKEA melihat agenda pembangunan tenaga solar ini seiring dengan matlamat kelestarian kumpulan. Setakat ini entiti memiliki 547 turbin angin di 14 negara, 10 taman solar dan 935,000 panel solar di atas bumbung kedai dan gudang IKEA.