Artikel

Shangri-La Hotel Kini Menawarkan ‘Tempah Dahulu Bayar Kemudian’ – Bersama Pace

Penerapan Beli Dahulu Bayar Kemudian (BNPL) tidak lagi hanya tertakluk kepada aktiviti pembelian barangan mahupun makanan sahaja – kini ia mula diperluaskan pada tempahan penginapan dan perkhidmatan Shangri-La Hotel di Malaysia.

Tawaran hasil kerjasama Shangri-La bersama Pace, penyedia teknologi kewangan BNPL itu akan beri kemudahan akses pembayaran kepada para pelanggan. Dengan berpeluang nikmati kaedah pembayaran secara beransur selama 3 bulan tanpa pengenaan faedah bagi tempahan penginapan, makanan, khidmat spa dan perkhidmatan lain.

Pengguna hanya perlu menggunakan aplikasi Pace untuk melengkapkan transaksi ansuran ini, bagi mana-mana tempahan penginapan Shangri-La Hotel dan Resorts.

Setakat ini, kaedah penawaran pembayaran tersebut hanya tersedia di kaunter perhotelan sahaja dan ia dibuka untuk pemegang kad Malaysia, Singapura, Thailand dan Hong Kong.

Sebarang maklumat lanjut berhubung penawaran dan perolehan diskaun eksklusif ini, para pengguna boleh layari pautan Shangri-La untuk perincian seterusnya.