Artikel

BNM Dijangka Mengumumkan Penerima Lesen Bank Digital Pada Minggu Ini

Tatkala semua pihak menanti pengumuman rasmi berhubung 5 penerima lesen bank digital negara oleh Bank Negara Malaysia (BNM), terdapat laporan memaklumkan senarai pemohon yang berpotensi menerima pengiktirafan tersebut bakal diketahui pada minggu ini.

Antara pemohon yang berpotensi adalah;

  • RHB-Axiata
  • Grab-Singtel
  • Sunway
  • YTL-Sea Group

Dan difahamkan BNM ketika ini masih giat meneliti satu konsortium lagi bagi memenuhi kriteria selaku penyedia kewangan islam di Malaysia. Langkah itu dilaporkan untuk memenuhi matlamat mengerakkan kerjasama kewangan Islam negara.

Buat pengetahuan umum, seramai 29 pemohon telah mengusulkan potfolio syarikat – untuk selaku penerima lesen digital yang berkelayakan di Malaysia.

Menerusi penawaran lesen bank digital ini – BNM menetapkan nilai ambang pihak bank digital perlu kekalkan jumlah minimum dana modal sekitar RM100 juta pada fasa awal dan alami peningkatan kepada RM300 juta menjelang operasi tahun ketiganya.

Langkah ini secara langsung akan memudahkan pemantauan prestasi bank digital berlesen, dan sebarang risiko yang timbul daripada operasi berkenaan dapat diteliti.

Meskipun tidak diketahui senarai rasmi penerima lesen bank digital ini, makluman sedemikian secara langsung memberi gambaran pengumuman rasmi bakal dilaksanakan tidak lama lagi.