Artikel

Institut Memandu Kini Berdepan Tunggakan Pelajar – Pemohon Lesen Baharu Diminta Tunggu Giliran

Sekatan pergerakan COVID-19 ternyata telah menjejaskan pelbagai perniagaan, antaranya khidmat institut latihan memandu Malaysia – apabila terpaksa menutup operasi secara mengejut dan hanya dapat beroperasi semula pada 17 September 2021 lalu.

Hasil penutupan operasi itu sekaligus menjejaskan penjadualan latihan memandu dan pihak perkhidmatan berdepan tunggakan pelajar yang sangat tinggi.

Disebabkan situasi ini, institut memandu negara sedang mengalami kekurangan tenaga kerja dan jumlah kenderaan untuk menampung sesi latihan memandu pelajar.

Buat pengetahuan umum, mengikut laporan – dijangka tempoh menunggu latihan memandu ini berupaya mencapai sehingga 2 tahun.

Tindakan mematuhi SOP juga turut menjadi antara faktor utama kepada penangguhan sesi latihan memandu dan tunggakan pelajar ini.

Lebih meningkatkan lagi risiko tempoh perolehan lesen ini, adalah disebabkan kemasukan senarai pelajar memandu baharu. Pihak pengurusan tidak dapat menolak susulan kekurangan cawangan sekolah memandu di beberapa kawasan.