Minggu ini, terdapat beberapa aduan diterima oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berhubung isu warga asing mengisi minyak petrol bersubsidi RON95.
Kumpulan tersebut hanya dibenarkan membeli petrol RON97 yang diapung secara terkawal.
Menyingkap lebih lanjut akan isu ini, KPDNHEP Johor pada laporan memaklumkan tanggungjawab tersebut adalah di bawah peranan pengendali, pengusaha stesen minyak.
Seharusnya pihak stesen minyak memantau dan memastikan hak pengguna terus terjamin.
Maka tindakan perundangan hanya boleh dilaksanakan ke atas pemilik stesen minyak sahaja susulan kelekaan mereka.
Meskipun begitu, untuk makluman umum tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan (Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974) ini masih boleh dikenakan ke atas individu selain pengusaha stesen minyak.
Dengan jumlah denda tidak lebihi RM1 juta atau hukuman penjara tidak lebihi 3 tahun ke atas individu. Sementara syarikat atau perbadanan pula boleh berdepan denda tidak lebihi RM2 juta.