Artikel

Pengangkutan Awam Kembali Rancak – Lebih 360,000 Penumpang LRT, MRT Dan Monorel Kini Dicatatkan

Kelangsungan ekonomi tanpa sebarang sekatan, kini memperlihatkan khidmat pengangkutan awam negara kembali ‘hidup’ setelah lalui tempoh yang sukar.

Setakat akhir Mac, lebih 360,000 penumpang bagi perkhidmatan Rapid Rail merangkumi LRT, MRT dan Monorel Kuala Lumpur dicatatkan.

Berdasarkan pemerhatian itu, Rapid Rail menjangkakan jumlah pengguna rel akan terus melonjak – susulan pembukaan pintu sempadan antarabangsa yang telah mula dilaksanakan pada 1 April lalu.

Di mana, kapasiti penumpang disasar meningkat 70% menjelang akhir tahun ini dengan anggaran sekitar 560,000 penumpang.

Maka untuk menyokong pertambahan tersebut, Rapid Rail sejak 1 April lalu telah mengeluarkan waktu frekuensi rel bagi sesi waktu puncak dan luar waktu puncak.

Ini jadual kekerapan laluan rel semasa bagi pengetahuan orang awam;