Artikel

Tempoh Pengecualian Bayaran Tol Johor-Singapura, Akan Berakhir 7 April Ini – PLUS Malaysia

Memahami keperluan rakyat Malaysia dan Singapura, negara telah melaksanakan pengecualian pembayaran tol ke atas kemasukan kenderaan Singapura bermula 1 April lalu.

Bagaimanapun, PLUS Malaysia pada hari ini (6 April) mengingatkan orang awam bahawa pengecualian bagi plaza tol di Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Linkedua) itu akan berakhir pada 7 April ini.

Ia bermakna, mulai 8 April 2022 – kutipan pembayaran tol bagi kemasukan-keluar kenderaan akan berlangsung seperti sedia kala.

Maka orang awam diminta untuk menyemak baki dan menambah-nilai kad Touch ‘n Go mereka pada mana-mana cawangan kedai serbaneka¬† atau pusat TNG terpilih sebelum memulakan perjalanan. Langkah awal ini akan memudahkan semua pihak dan menjamin aliran trafik yang lebih baik pada laluan sempadan tersebut.

Sementara bagi pengguna RFID sistem VEP (skim Permit Masuk Kenderaan) boleh melanjutkan perjalanan kenderaan pada lorong RFID dikedua-dua plaza tol.