Dikala ramai pihak terarah kepada kaedah nirtunai (tanpa tunai), masih terdapat kumpulan yang lebih selesa menggunakan wang tunai ketika perbelanjaan harian mereka.
Iaitu secara puratanya sekitar 48.8% rakyat Malaysia lebih selesa menggunakan wang tunai untuk melaksanakan pembayaran dalam harian mereka.
Di mana kawasan bandar memperlihatkan 36.2% rakyat menggunakan wang tunai, sementara kawasan luar bandar pula terus memaparkan penggunaan tunai yang tinggi sekitar 63.5%.
Menurut PayNet, aliran ini tidak hanya didorong atas faktor kekurangan akses semata-mata tetapi turut meliputi beberapa faktor – antaranya adalah;
- Wang Tunai terus diterima di mana jua (80%)
- Gusar dengan teknologi (53%)
- Pilihan sendiri (50%)
- Lebih mudah untuk mengatur perbelanjaan (38%)
- Lebih rasa selamat (37%)
Manakala ini pula kadar peratusan pembayaran guna wang tunai dalam kategori pembelian;
- Pembelian di gerai tepi jalan (71%)
- Berbelanja di tempat makan berpatutan (68%)
- Beli barangan runcit (51%)
- Makan di restoran makanan segera (50%)
- Berkongsi wang tunai bersama keluarga, rakan (50%)
- Bayar minyak petrol (49%)
- Pembelian barangan peribadi diri (46%)
- Makan di restoran sederhana (33%)