Artikel

PETRONAS, Maybank – Terus Ungguli Kedudukan Selaku Syarikat Terbaik Di Malaysia

PETRONAS dan Maybank secara konsisten terus mengungguli kedudukan 15 senarai syarikat terbaik di Malaysia – di mana sentiasa meningkatkan peluang kemahiran kepada para pekerja.

Mengikut dapatan LinkedIn 2022, kedua-dua syarikat tidak hanya menumpukan kualiti kemahiran sahaja tetapi turut memastikan setiap petugas memiliki keupayaan untuk menyesuaikan diri mereka dalam sebarang persekitaran tugasan.

Selain dua syarikat ini, terdapat 13 syarikat lain yang turut diiktiraf. Apa yang menarik terdapat 3 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dn 1 syarikat pelaburan berkaitan kerajaan turut menerima pengiktirafan;

  • Bosch
  • Permodalan Nasional Bhd (PNB)
  • B. Braun Group
  • Standard Chartered Bank
  • Prudential Plc
  • Intel
  • Shell
  • IBM
  • Tenaga Nasional Bhd
  • Maxis
  • RHB
  • Hong Leong Bank
  • OCBC Bank