Tatkala penerapan kenderaan elektrik semakin melonjak di negara, Rapid Bus Sdn Bhd ketika ini turut mengambil bahagian dengan melaksanakan ujian rintis bagi penggunaan 4 buah bas elektrik di beberapa laluan terpilih.
Ia merangkumi Laluan 400; Damai Perdana ke Hab Lebuh Pudu dan Laluan 650; bai Taman Desa ke hab Pasar Seni.
Menurut laporan Rapid Bus, ujian rintis penggunaan bas elektrik ini akan berlangsung selama 3 bulan sehingga 13 Jun kelak. Usaha ini, selari dengan pelan transformasi iaitu Program Eletrifikasi Bas, yang mana akan menggantikan penggunaan bas elektrik secara berfasa menjelang 2030.
Apa yang menarik, pada tempoh percubaan ini, orang awam dibenarkan untuk mencuba perkhidmatan tersebut bagi merasai pengalaman bas elektrik tersebut.
Buat pengetahuan umum, ini bukanlah kali pertama Rapid Bus menerapkan penggunaan bas elektrik pada perkhidmatan. Pelaksanaan awal telah mula dilakukan pada 2015 bagi BRT – Sistem Bas Rapid Transit. Adanya perluasan khidmat ini, ia akan meningkatkan lagi potensi kecekapan operasi Rapid pada perkhidmatan awam secara menyeluruh.