Artikel

KDNK Malaysia Berpotensi Capai Paras 6% – Lebihi Jangkaan Pertumbuhan Asia Tenggara

Ekonomi Malaysia kini dijangka berkembang 6% pada tahun ini, dan di paras sederhana menjelang tahun hadapan, 2023.

Pemerhatian ADB, Bank Pembangunan Asia melihat – pertumbuhan ekonomi Malaysia lebih konsisten berbanding beberapa negara Asia lain dan sasaran itu melebihi jangkaan pertumbuhan pada peringkat negara Asia Tenggara iaitu 4.9%.

Selain Malaysia, Filipina dan Vietnam turut memaparkan jangkaan pertumbuhan yang sama. Sementara Indonesia pula 5.0%, Singapura (4.3%) dan Thailand (3.0%).

Setakat ini, pertumbuhan ekonomi Malaysia telah disokong permintaan eksport global yang tinggi – merangkumi pengeluaran kilang, sumber asli dan permintaan domestik.

Situasi ini turut disokong hasil pengukuhan sistem kesihatan yang baik, membantu sektor ekonomi kembali berinteraksi semula. Akan tetapi, ADB turut akui cabaran utama negara adalah menangani isu kenaikan kos sara hidup dan penyaluran bantuan kepada kumpulan isi rumah miskin.

Perkara itu perlu diseimbangkan demi kesejahteraan ekonomi Malaysia dari tahun-ke-tahun.