Artikel

Jumlah Kalori Makanan Kini Perlu Dipapar Pada Menu – Di Restoran, Aplikasi Pesanan England

Bagi menangani isu obesiti yang semakin meningkat, kerajaan England mulai hari ini (6 April) telah menguatkuasakan pemaparan jumlah kalori makanan pada ruang menu di restoran dan rangkaian pesanan makanan.

Tindakan ini hanya merangkumi rangkaian dan platform makanan besar sahaja – iaitu memiliki 250 petugas ke atas.  Di mana penyedia makanan yang terlibat perlu mencetak jumlah kalori pada menu mereka dan mengemas-kini maklumat jumlah kalori bagi platform pesanan makanan.

Mengikut laporan BBC, peraturan baharu itu adalah bertindak untuk mempengaruhi rakyat dalam memilih menu makanan yang lebih sihat, di masa hadapan.

Walaupun tiada jangkaan sebenar melalui inisiatif ini, pentadbiran England percaya, langkah awal itu akan membantu negara mereka membentuk semula tahap kesihatan penduduk.