Artikel

MBPJ Perkenal Sistem Inframerah – Kesan Jumlah Kemasukan Pengunjung Bazar Ramadan

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kini memperkenalkan sistem kawalan orang ramai (CCS) iaitu menggunakan fungsi inframerah bagi memantau bilangan keluar-masuk para pengunjung di bazar Ramadan.

Berdasarkan laporan SelangorKini, sistem tersebut akan memaparkan jumlah pengunjung pada paparan skrin serta siren amaran akan dibunyikan sekiranya bazar tersebut telah mencapai kapasiti kemasukan pengguna.

Melalui pelaksanaan sistem ini, ia secara langsung membantu penguatkuasa untuk mengekang penularan COID-19 dalam kalangan pengguna dan memudahkan peniaga mengawal operasi jualan mereka.

Setakat ini, sistem tersebut diterapkan pada beberapa cawangan bazar – antaranya di;

  • Seksyen 4, Kota Damansara
  • SS 6/1, Kelana Jaya